Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X90 Series dengan sensor 1-inci dan cip Snapdragon 8 Gen 2 dilancar 22 November ini

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu vivo X90 Series akan dilancarkan pada 22 November ini.

vivo X90 Series akan terdiri daripada tiga model iaitu vivo X90 yang dijana cip Dimensity 9200, vivo X90 Pro dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan vivo X90 Pro+ yang akan tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Salah satu tarikan terbesar pada vivo X90 Series adalah sistem kamera 1.0-inci dan cip V2 serta lensa ZEISS.

Pelancaran vivo X90 Series ini akan berlangsung di pasaran China terlebih dahulu manakala pelancaran global dijangka akan berlangsung sekitar awal tahun hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.