Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mark Zuckerberg dakwa WhatsApp lebih selamat berbanding iMessage

 

CEO Meta iaitu Mark Zuckerberg mendakwa bahawa WhatsApp adalah aplikasi permesejan yang lebih selamat dan menawarkan privasi yang lebih kukuh berbanding iMessage.

Didalam satu posting di Instagram, Zuckerberg berkata WhatsApp mempunyai perlindungan mesej yang dihantar dengan fungsi ‘end-to-end encryption’ yang termasuk pada Group, ciri disappearing message dan banyak lagi.

Selain itu, Mark juga berkata bahawa ciri pada WhatsApp ini boleh dinikmati pada platform Android dan iOS manakala iMessage adalah aplikasi yang eksklusif pada platform iOS sahaja.

Bersama ini, Mark juga berkongsi gambar di Pennsylvania Station yang mamaparkan kelebihan WhatsApp berbanding iMessage dan merupakan sebahagian dari kempen pemasaran untuk pasaran Amerika Syarikat.

WhatsApp mungkin popular di seluruh dunia namun ianya masih ketinggalan di Amerika Syarikat dan Will Cathcart yang merupakan peneraju WhatsApp mendakwa 5.5 bilion SMS dihantar setiap hari di Amerika Syarikat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.