Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPad Pro 2022 dengan cip M2 akan dilancarkan tidak lama lagi

Apple dijangka akan mengumumkan pelancaran dua tablet iPad Pro yang dikuasakan dengan cip M2 didalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Laporan oleh Mark Gurman dari Bloomberg berkata bahawa Apple iPad Pro yang baharu ini akan memiliki  skrin paparan berukuran 11.0-inci dan 12.9-inci dengan perbezaaan yang tidak begitu ketara berbanding generasi sebelum ini.

Salah satu ciri baharu pada generasi Apple iPad Pro yang akan dilancarkan ini adalah sokongan pengecasan MagSafe dan Gurman juga mendakwa ciri pengecasan reverse wireless charging yang boleh digunakan untuk mengecas iPhone dan iPod mungkin turut disertakan.

Selain iPad Pro, Apple juga dijangka akan melancarkan iPadOS 16.

Akhir sekali, memandangkan tiada sebarang majlis pelancaran Apple dijadualkan didalam masa terdekat, Apple iPad Pro ini mungkin diumumkan melalui siaran akhbar rasmi sahaja.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.