Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp kini menawarkan ciri Call Links – kongsi pautan panggilan audio atau video dengan lebih mudah


WhatsApp telah mengumumkan penawaran ciri baru yang membolehkan anda berkongsi panggilan WhatsApp dengan lebih mudah.

Mark Zuckerberg telah mengumumkan ciri Call Links kini telah mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp yang membolehkan mereka berkongsi pautan untuk menyertai panggilan audio atau video melalui WhatsApp dengan lebih mudah.

Selain itu, WhatsApp juga telah mengumumkan bahawa ianya sedang menguji panggilan video yang boleh disertai sehingga 32 orang dan ianya akan ditawarkan kepada pengguna didalam waktu terdekat.

Untuk menggunakan ciri Call Links ini, anda perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp kepada versi terkini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.