Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Pro dengan teknologi kamera XMAGE kini mula memasuki pasaran global

HUAWEI telah mengumumkan bahawa telefon pintar HUAWEI Mate 50 Pro akan memasuki pasaran global tidak lama lagi dan ianya akan bermula dengan pelancaran di pasaran Eropah.

HUAWEI Mate 50 Pro hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 120H dan resolusi 1212 x 2616 piksel. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Kunlun Glass yang didakwa telah menerima pengiktirafan 5 bintang dari SGS.

HUAWEI Mate 50 Pro ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 namun tiada sokongan 5G disertakan. Ianya juga memiliki 8GB RAM, storan dalaman sehingga 512GB dan antaramuka EMUI 13.

Beralih kepada kamera, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan sensor utama 50MP dengan teknologi XMAGE yang memiliki OIS dengan 6 aperture berubah menggunakan bilah dan ianya menawarkan kadar aperture antara f/1.4 hingga f/4.0, satu sensor ultrawide 13MP dengan aperture f/2.2 dan sensor RYYB telefoto 3.5x 64MP yang mempunyai aperture f/3.5 dan OIS.

Pada bahagian selfie, HUAWEI Mate 50 Pro memiliki sensor 13MP bersama sensor 3D ToF untuk ciri face unlock yang lebih selamat.

Ke bahagian bateri pula, HUAWEI Mate 50 Pro tampil dengan bateri berkapasiti 4,700mAh yang menyokong pengecasan 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

Dalam pada itu, model global HUAWEI Mate 50 Pro ini tidak memiliki sokongan komunikasi satelite seperti model yang dijual di China.

HUAWEI Mate 50 Pro akan ditawarkan di pasaran Eropah pada harga €1,299 bagi versi 8/256GB dan €1,399 bagi versi 8/512GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.