Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M4 5G kini rasmi untuk pasaran global pada harga

Poco secara rasminya telah memperkenalkan Poco M4 5G untuk pasaran global yang tampil dengan cip MediaTek Dimensity 700.

Poco M4 5G tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci yang tampil dengan kadar segar semula 90Hz DynamicSwitch dan kamera selfie 5MP.

Cip Dimensity 700 ini dipadankan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB serta antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12.

Beralih kepada kamera, Poco M4 5G ini tampil dengan sensor utama 13MP dan sensor depth 2MP.

Seterusnya, Poco M4 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W namun adapter 22.5 disertakan dalam kotak.

Poco M4 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan POCO Yellow pada harga dari €219 (RM 993) namun harga dipasaran Asia dijangka lebih murah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.