Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Pad X dan Watch 3 akan tiba di Malaysia pada 23 Ogos ini

realme Malaysia juga telah mengesahkan bahawa tablet premium realme Pad X dan realme Watch 3 akan turut dilancarkan di Malaysia pada 23 Ogos ini bersempena dengan realme 828 Fan Festival.

realme GT Neo 3T akan dilancarkan di Malaysia pada 23 Ogos

realme Pad X

realme Pad X hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 10.95-inci dengan resolusi 2000x1200px (2K) yang mempunyai nisbah 5:3 dan kadar kecerahan maksima 450nits. realme Pad X ini juga hadir dengan sokongan stylus dan papan kekunci yang dijual berasingan.

Selain itu, realme Pad X dijana dengan cip Snapdragon 695 5G, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB. Storan juga boleh ditambah dengan menggunakan slot microSD.

Beralih kepada kamera, tablet ini memiliki satu sensor 13MP dan satu sensor hadapan 8MP yang merupakan sensor wide-angle 105⁰ dengan ciri Limelight seperti Centrestage pada peranti Apple.

Selain itu, realme Pad X juga memiliki bateri berkapasiti 8,340mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W DartCharge namun masih mengekalkan profil yang nipis iaitu hanya 7.1mm dengan berat 499 gram.

realme Pad X juga hadir dengan sistem quad speaker Dolby Atmos, antaramuka realme UI 3.0 for Pad, Multi-Screen Collaboration yang disokong beberapa model telefon pintar realme dan 4 pembesar suara Dolby Atmos.

realme Pad X akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Glacier blue, dan Glowing grey.

 

realme Watch 3 

realme Watch 3 adalah jam pintar terbaru realme yang tampil dengan skrin papara  berukuran 1.8-inci yang mempunyai kecerahan maksima 500nits dan permukaan yang melengkung serta lebih 100+ reka bentuk Watch Faces.

realme Watch 3 juga menampilkan pelbagai metrik kesihatan seperti bacaan kadar degupan jantung, bacaan SpO2 dan kualiti tidur serta lebih 110+ aktiviti kecergasan.

realme Watch 3 juga menyokong panggilan Bluetooth dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Gray.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.