Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M4 5G akan ditawarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini – harga promosi dari RM 649 sahaja

Poco Malaysia telah mengesahkan bahawa Poco M4 5G akan ditawarkan di Malaysia mulai 18 Ogos ini.

Poco M4 5G tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci yang tampil dengan kadar segar semula 90Hz DynamicSwitch dan kamera selfie 5MP.

Cip Dimensity 700 ini dipadankan didalam dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/64GB dan 6/128GB serta antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12.

Beralih kepada kamera, Poco M4 5G ini tampil dengan sensor utama 13MP dan sensor depth 2MP.

Seterusnya, Poco M4 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W namun adapter 22.5 disertakan dalam kotak.

Poco M4 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan POCO Yellow pada harga RM 699 bagi varian 4/64GB dan RM 899 bagi varian 6/128GB.

Walaubagaimanapun, anda boleh mendapatkan Poco M4 5G ini pada harga yang lebih murah sempena Poco Super Brand Day pada 18 Ogos ini masing-masing pada harga RM 649 dan RM 799 mengikut varian seperti di atas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.