Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN: HUAWEI MateBook D16 – Komputer riba berpatutan dengan pemproses Intel Core H-Series Gen-12

Pengenalan

Komputer riba HUAWEI MateBook D Series adalah siri komputer riba yang ditawarkan pada harga kompetitif dengan pretasi dan reka bentuk yang premium tanpa perlu memerlukan bajet yang besar.

Jika pada tahun-tahun sebelum ini, HUAWEI MateBook D ditawarkan didalam saiz 14-inci dan 15-inci, tahun 2022 menyaksikan HUAWEI telah melancarkan komputer riba bersaiz 16-inci iaitu HUAWEI MateBook D16 yang kini telah ditawarkan di Malaysia.

Berikut adalah harga HUAWEI MateBook D 16

HUAWEI MateBook D 16 – i5-12450H 8GB/512GB – RM 3,699

HUAWEI MateBook D 16 – i5-12450H 16GB/512GB – RM 3,999

HUAWEI MateBook D 16 – i7-12700H 16GB/512GB – RM 4,799

Spesifikasi Utama

• Skrin paparan Eye Comfort HUAWEI FullView berukuran 16-inci

• Pemproses Intel Core H-Series Gen-12

• 8GB/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB

• Bateri 60Wh bersama HUAWEI SuperCharge 65W

• HUAWEI Metaline Antenna

Reka Bentuk

Identiti komputer HUAWEI MateBook Series adalah konsisten sejak ianya mula diperkenalkan dan HUAWEI MateBook D16 juga menampilkan reka bentuk yang sama iaitu premium dan ringkas.

Walaupun tidak boleh diklasifikasikan sebagai komputer riba yang nipis, HUAWEI MateBook D16 dengan berat hanya 1.7kg sahaja.

Walaupun HUAWEI MateBook D16 adalah antara komputer riba termurah daripada syarikat, ianya masih tampil dengan penggunaan aluminum sepenuhnya dan bagi pasaran Malaysia ianya ditawarkan satu warna iaitu Mystic Silver sahaja.

HUAWEI MateBook D16 mempunyai ukuran dimensi 356.7 x 248.7 x 18.4 mm yang menjadikanya sebagai sebuah tablet 16-inci yang kompak kerana ianya menggunakan rangka komputer riba bersaiz 15.6-inci.

Ini menjadikan komputer ini tampil dengan sisi bezel yang nipis dan HUAWEI juga telah mengalihkan kamera web ke bahagian atas skrin dan bukanya pada papan kekunci seperti pada beberapa model sebelum ini.

Selain itu, HUAWEI MateBook juga menampilkan trackpad yang besar bersama papan kekunci mekanikal 1.5mm yang memberikan pengalaman menaip yang selesa.

Slot

HUAWEI MateBook D16 tampil dengan slot I/O yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan anda dan berikut adalah slot yang disertakan pada komputer ini.

• Slot kuasa USB-C + slot USB-C DisplayPort

• 1 slot USB 2.0 Jenis-A

• 1 slot USB 3.2 Jenis-A

• 1 slot HDMI 2.0

• Bicu audio 3.5mm

• Butang Kuasa + Sensor Capjari

Skrin

HUAWEI MateBook D16 memiliki skrin paparan berukuran 16-inci yang memiliki nisbah ‘golden ratio’ 16:10 dan resolusi 1080p.

Walaupun bukan merupakan panel skrin terbaik dipasaran, skrin ini memberikan pengalaman visual yang memuaskan dengan kadar kecerahan 300nits dan kepadatan piksel 141ppi.

Jumlah ppi ini memberikan anda petunjuk bahawa ianya bukanlah skrin yang tajam atau teliti namun pada ianya cukup untuk memberikan anda fungsi asas sebuah skrin komputer riba.

Selain itu, pada bahagaian atas skrin juga terdapat sensor kamera web 1080p yang turut dilengkapi ciri FollowCam yang sama seperti ciri Centre Stage.

Pemproses

Komputer riba HUAWEI MateBook D16 tampil dengan pemproses Intel Core generasi ke-12 yang ditawarkan didalam dua versi iaitu Intel Core i5-12450H dan Intel Core i7-12700H yang menjanjikan prestasi terbaik untuk semua tugas pada komputer untuk tujuan pembelajaran atau kerja.

Selain itu, ianya juga dipadankan dengan Grafik Intel Iris X yang memberikan prestasi grafik yang asas dan ini juga bermaksud tugas-tugas yang memerlukan sumber grafik yang tinggi tidak dapat dilakukan pada komputer riba MateBook D16 ini.

Selain cip Intel Generasi ke-12 ini, versi Intel Core i5 ditawarkan bersama 8GB RAM dan 512GB storan SSD atau 16GB RAM dan storan SSD 512GB manakala versi Intel Core i7 tampil didalam pilihan 16GB RAM dan 512GB storan SSD sahaja.

Sebagai komputer riba HUAWEI, MateBook D16 juga tampil dengan ciri SuperDevice yang membolehkanya berfungsi sebagai hub kepada peranti HUAWEI yang lain untuk melakukan pelbagai tugas dengan lebih efisien.

Bateri

HUAWEI MateBook D16 tampil dengan bateri berkapasiti 60Wh yang memastikan penggunaan komputer riba selama seharian juga tidak akan menjadi masalah.

Turut disertakan didalam kotak adalah adapter pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 60W yang 30% lebih kompak berbanding adapter 65W sebelum ini dan ini membolehkanya dibawa kemana sahaja.

Penutup

HUAWEI MateBook D16 terbukti sebagai komputer riba berkebolehan untuk kegunaan harian dan ianya juga amat berpatutan bagi komputer riba dengan cip Intel Core generasi terbaru.

Komputer riba ini mempunyai pakej lengkap untuk rata-rata pengguna di Malaysia sesuai dengan harga yang berpatutan.

Anda kini boleh mendapatkan HUAWEI MateBook D16 di Malaysia pada harga dari RM 3,699.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.