Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 70 disahkan akan memiliki sensor utama 54MP Sony IMX800 –

Honor Malaysia sebelum ini telah mengesahkan pelancaran Honor 70 di Malaysia dan syarikat ini kini telah mengesahkan ianya akan hadir dengan sensor kamera utama 54MP Sony IMX800 yang pertama kali digunakan pada telefon pintar.

Sensor IMX800 ini mempunyai ukuran 1/1.49 dan aperture f/1.9 yang menjadi antara ciri-ciri istimewa yang ditampilkan, sekaligus membawa fotografi ultra ke satu tahap baru.

Apabila dibandingkan dengan sensor IMX766 yang biasa digunakan pada telefon pintar flagship lain, sensor IMX800 yang digunakan pada HONOR 70 menawarkan julat dinamik 23% lebih yang menambahbaik gambar dari segi kejelasan dan kualiti termasuk paada keadaan cahaya rendah.

Selain itu, HONOR 70 juga memiliki sensor 50MP lensa ultra lebar 122⁰ yang turut menyokong fotografi makro 2.5cm dan satu sensor depth 2MP.

Berikut adalah hasil gambar yang diambil melalui Honor 70 yang memiliki sensor Sony IMX800.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.