Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) Lite dilaporkan akan dilancarkan tidak lama lagi

Selepas kejayaan pelancaran Nothing Phone (1), syarikat ini sudah pastinya akan memulakan perancangan untuk melancarkan generasi kedua telefon pintar mereka iaitu Nothing Phone (2).p

Walaubagaimanapun, terdapat laporan yang mengatakan satu lagi versi Nothing Phone (1) akan dilancarkan tidak lama lagi iaitu Nothing Phone (1) Lite.

Nothing Phone (1) Lite dilaporkan akan mempunyai spesfikasi yang sama seperti Nothing Phone (1) namun tidak akan mempunyai lampu LED Glyph Interface dan pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, sumber ini juga melaporkan Nothing Phone (1) Lite akan hadir dengan adapter pengecasan 42W yang telah disenaraikan di TÜV Rheinland namun telefon pintar menyokong pengecasan 33W sahaja.

Buat masa ini tiada sebarang kepastian samada telefon pintar ini akan menjadi realiti atau khabar angin sahaja.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Nothing Phone (1), ianya kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 2,399.

Sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.