Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sony tawar promosi Summer Sale bagi PlayStation bermula esok – diskaun sehingga 80%

Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) telah mengumumkan tawaran masa terhad “Promosi Musim Panas” mulai esok sehingga 16 Ogos 2022.

Sony telah mengumumkan tawaran istimewa untuk pembelian permainan video PlayStation®5 (PS5™) dan PlayStation®4 (PS4™ terpilih.)

Tawaran ini boleh didapati di semua Pengedar Sah PlayStation dan Kedai Sony sementara stok masih ada.

Tambahan pula, Jualan Musim Panas juga sedang diadakan di PlayStation™Store (PS Store) sekarang. Banyak tajuk permainan tersedia pada harga istimewa dengan diskaun sehingga 80%.

Senarai permainan di PlayStation Store akan dikemaskini esok, dan tawaran ini sah sehingga 17 Ogos 2022.

Untuk maklumat lanjut layari  : https://www.playstation.com/en-my/local/campaigns/summer-sale/

Lokasi wakil pengedar sah :

https://www.playstation.com/en-my/local/retailers/

Berikut adalah senarai permainan video terpilih yang akan ditawarkan pada harga promosi

MLB The Show 22 – PS4 – RM 129

MLB The Show 22 – PS5 – RM 169

God of War PlayStation Hits – PS5 – RM 39

Horizon Forbidden West – PS4 – RM 189

Horizon Forbidden West – PS5 – RM 229

Gran Turismo 7 – PS4 –  RM 209

Gran Turismo 7 -PS5 – RM 249

NieR Replicant ver.1.22474487139… – PS4 – RM 129

FINAL FANTASY VII REMAKE – PS4 – RM 129

Ghostwire: Tokyo – PS5 – RM 129

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.