Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Reaction pada WhatsApp kini menyokong semua Emoji

Aplikasi permesejan milik Meta iaitu WhatsApp kini telah menerima kemaskini baharu yang membolehkan anda membuat ‘reaction’ menggunakan mana-mana emoji pilihan anda.

Sebelum ini, ciri react pada aplikasi WhatsApp ini adalah terhad kepada 6 emoji yang dipra-tetap namun kini jumlah emoji yang boleh digunakan adalah tidak terhad.

Ciri baharu ini mungkin tambahan kecil pada WhatsApp namun ianya pasti menjadi sesuatu yang berguna pada kebanyakkan pengguna.

Seperti biasa kemaskini terbaru ini akan ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna WhatsApp di platform Android dan iOS.

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.