Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan awal OPPO Reno8 Series kini dibuka di Lazada

Pra-tempahan awal OPPO Reno8 Series kini dibuka di Lazada 5

OPPO Malaysia telah mengumumkan bahawa pra-tempahan awal bagi telefon pintar OPPO Reno8 Series yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi akan dibuka mulai 12 Julai sehingga 20 Julai ini secara eksklusif di Lazada.

Pra-tempahan awal OPPO Reno8 Series kini dibuka di Lazada 6

Anda hanya perlu membuat pembayaran deposit bernilai RM 100 bagi pembelian OPPO Reno8 atau OPPO Reno8 Pro untuk menikmati hadiah percuma istimewa bernilai sehingga RM 1,775 yang termasuk OPPO Air2 Pro, perlindungan skrin 1 tahun OPPO Care bernilai RM199, ganjaran Ahli My OPPO bernilai sehingga RM888 dan beg galas Marshall bernilai RM319.

Selain itu, 100 pelanggan pertama yang membuat pembayaran penuh di Lazada sebelum jam 1.30 petang pada 21 Julai juga akan menerima penghantaran pada hari seterusnya iaitu selepas pra-tempahan mula dibuka.

Tidak setakat itu, dengan membeli mana-mana model daripada OPPO Reno8 Series, anda juga akan menikmati diskaun RM150 bagi pembelian tablet pertama OPPO di pasaran Malaysia iaitu OPPO Pad Air.

Bagi yang membuat pembelian didalam tempoh pra-tempahan awal juga akan membawa pulang patung koleksi maskot OPPO iaitu Ollie.

OPPO Reno8 Series telah disahkan akan memiliki NPU MariSilicon X yang menjanjikan fotografi malam yang lebih baik dan ianya akan turut dilengkapi dua sensor kamera flagship Sony.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.