Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series dijangka guna cip Snapdragon 8 Gen 2 sahaja

Sejak beberapa tahun Samsung telah menggunakan pendekatan dua jenis chipset pada Samsung Galaxy S Series iaitu cip Exynos dan cip Snapdragon.

Pendekatan ini adalah sesuatu yang tidak diterima baik oleh pengguna kerana perbezaan prestasi yang ditawarkan oleh cip Exynos adalah tidak setaraf seperti yang ditawarkan oleh cip Snapdragon.

Walaubagaimanapun, Samsung mungkin telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakan dua cipset pada Galaxy S Series dan penganalisa Ming-Chi Kuo mendakwa Qualcomm akan menjadi pembekal tunggal bagi Samsung Galaxy S23 Series iaitu cip Snapdragon 8 Gen 2.

Kuo mendakwa Samsung tidak yakin dengan prestasi cip flagship Exynos 2300 berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2 dan ini menjadi faktor utama Samsung memutuskan untuk menggunakan satu jenis cip pemprosesan untuk semua pasaran.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.