Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X4 GT akan dilancarkan 23 Jun ini dengan cip Dimensity 8100 dan skrin 144Hz

Poco X4 GT akan dilancarkan 23 Jun ini dengan cip Dimensity 8100 dan skrin 144Hz 1

Poco X4 GT akan dilancarkan 23 Jun ini dengan cip Dimensity 8100 dan skrin 144Hz 2

Poco secara rasminya telah mengesahkan pelancaran global Poco F4 akan berlangsung pada 23 Jun ini dan ianya akan turut disertai oleh satu lagi model iaitu Poco X4 GT.

Selain pengesahan ini, Poco X4 GT juga telah disahkan akan hadir dengan skrin paparan LCD yang mempunyai kadar segar semula 144Hz dan pengecasan pantas 67W Turbo Charging.

Dalam pada itu, Jika Poco F4 akan hadir dengan cip Snapdragon 870, Poco X4 GT pula telah disahkan akan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8100.

Poco F4 dan Poco X4 GT dijangka akan memasuki pasaran Malaysia dan pelancaran rasmi global telefon pintar ini boleh disaksikan secara langsung pada 23 Jun (8 malam) ini di laman Facebook POCO Malaysia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.