Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sambutan ulang tahun ke-6 pembukaan stor Xiaomi di Malaysia – boleh uji CyberDog

Xiaomi telah mengumumkan sambutan Ulang Tahun Ke-6 Stor rasmi Xiaomi di Malaysia.

Sempena sambutan itu, pembeli akan menerima hadiah eksklusif dan berpeluang memenangi Xiaomi TV P1 43″ dengan pembelian telefon pintar Xiaomi terpilih atau produk AIoT pintar di stor Xiaomi di seluruh negara.

Selain itu, Xiaomi CyberDog juga akan melawat negara di stor Xiaomi yang terpilih.

Xiaomi menyambut Tahun ke-6 di Malaysia, selepas membuka Stor Xiaomi pertamanya pada April 2017. Kini Xiaomi mempunyai lebih 70 Stor Xiaomi Sah di seluruh Malaysia.

Dalam meraikan pencapaian ini, Xiaomi juga akan memberikan hadiah eksklusif serta peluang untuk memenangi Xiaomi TV P1 43″ kepada pembeli di semua Stor Xiaomi di Malaysia.

Dari 18 hingga 30 Jun, pembeli yang membeli telefon pintar terpilih atau produk AIoT pintar di Stor Xiaomi di Malaysia layak untuk mendapatkan hadiah dengan pembelian mereka dan menyertai cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi Xiaomi TV P1 43″.

Selain itu, Xiaomi juga menawarkan pelbagai hadiah percuma dengan pembelian produk terpilih seperti pada gambar dibawah:

Temui Xiaomi CyberDog di lokasi berikut :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.