Poco F4 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Jun ini
Selepas beberapa pendedahan mengenai spesifikasi Poco F4 5G sebelum ini, Poco secara rasminya telah mengesahkan Poco F4 5G akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Jun ini.
Poco F4 5G hadir dengan cip Snapdragon 870 bersama-sama 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman 256GB jenis UFS 3.1.
Selain itu, Poco F4 5G juga kelihatan akan memiliki reka bentuk yang hampir sama seperti Redmi K40s dan ini memberikan petunjuk bahawa telefon pintar ini akan turut hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,500mAh dan pengecasan pantas 67W.
Poco F4 5G dijangka akan memasuki pasaran India terlebih dahulu sebelum ke pasaran antarabangsa yang lain.