Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy XCover6 Pro dan Galaxy Tab Active4 Pro akan dilancarkan 12 Julai ini – perani tahan lasak

Samsung secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar dan tablet tahan lasak mereka iaitu Galaxy XCover6 Pro dan Galaxy Tab Active4 Pro.

Telefon pintar Samsung Galaxy XCover6 Pro akan hadir dengan reka bentuk yang sinonim dengan Galaxy XCover Series iaitu plastik keras yang juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain itu, telefon pintar lasak ini juga akan mempunyai kebolehan menukar sel bateri dengan mudah (4,500mAh), skrin paparan 6.56-inci, cip Snapdragon 778G, 6GB RAM dan storan dalaman 128GB serta sensor utama 50MP.

Dalam pada itu, tiada sebarang maklumat mengenai tablet lasak ini diketahui namun ianya dijangka akan menyokong input stylus S Pen.

Majlis pelancaran Samsung Galaxy XCover6 Pro dan Galaxy Tab Active4 Pro akan dilancarkan pada 13 Julai 2022.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.