ShopeeFood akan mula beroperasi di Pulau Pinang pada Jun 2022
ShopeeFood telah mengumumkan bahawa ianya akan memulakan operasi perkhidmatan penghantaran makanan di Pulau Pinang bulan Jun.
Selepas menawarkan perkhidmatan ShopeeFood di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, ShopeeFood kini bakal beroperasi di negeri yang dikenali sebagai syurga makanan.
Pelancaran ShopeeFood di Pulau Pinang diharap dapat menggalakkan lebih banyak peniaga untuk mendigitalkan perniagaan mereka dan meningkatkan lagi pertumbuhan perniaagan mereka.
Seterusnya, ShopeeFood dijangka akan menawarkan pelbagai promosi pelancaran bagi mereka yang melakukan transaski pembelian makanan di ShopeeFood.