Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Phone (1) akan mempunyai panel belakang lutsinar dan pengecasan tanpa wayar – harga berpatutan

Nothing sebelum ini telah mengesahkan pelancaran Nothing Phone (1) akan dilancarkan pada musim panas dan syarikat ini kini telah mendedahkan beberapa maklumat spesfikasi telefon pintar ini.

Seperti produk pertama syarikat ini iaitu Nothing Ear (1), Nothing Phone (1) juga akan menampilkan penggunaan panel lutsinar yang akan mendedahkan ‘organ’ dalaman telefon pintar ini (terdapat 400 komponen pada sebuah telefon pintar).

Selain itu, Nothing Phone (1) juga telah disahkan akan membawakan sokongan pengecasan pantas dan menggunakan rangka aluminium yang dikitar semula.

Mengulas sedikit mengenai berita tidak rasmi, sumber dari Jerman mendakwa Nothing Phone (1) akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Julai ini dengan harga sekitar €500.

Persoalan yang pasti bermain difikiran semua adalah dengan harga seperti ini mampukah Nothing Phone (1) memberikan persaingan kepada telefon pintar flagship lain dipasaran seperti dakwaan Carl Pei sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kemungkinan untuk melihat Nothing Phone (1) dilancarkan sebagai sebuah peranti flagship killer adalah sangat tinggi memandangkan Carl Pei adalah pengasas kepada flagship killer yang pertama iaitu OnePlus One.

Sumber 1 | Sumber 2

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.