Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo3 Naruto Edition kini rasmi pada harga sekitar RM 1,827

Belum sempat realme GT Neo3 memasuki pasaran global, realme telah melancarkan satu lagi edisi terhad realme GT Neo3 di China iaitu realme GT Neo3 Edisi Naruto.

Kerjasama terbaru realme dengan watak anime yang popular ini menyaksikan realme GT Neo3 ini hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan watak Naruto namun spesfikasi telefon pintar ini adalah sama seperti versi biasa.

Bercakap mengenai reka bentuk edisi Naruto ini, ianya tampil dengan warna oren yang merupakan warna tema Naruto bersama warna hitam manakala modul kamera diperbuat daripada besi yang mengambil inspirasi dari headband Naruto.

Kotak telefon pintar ini juga berinspirasikan Naruto dan ianya kotak tatal yang mengandungi telefon pintar, case khas, ejector SIM Naruto, adapter 150W, kabel USB-C dan powerbank 10,000mAh bertemakan Naruto

realme juga telah menyertakan wallpaper Naruto, ikon, bunyi khas dan animasi pengecasan didalam telefon pintar ini.

realme GT Neo3 Naruto Edition akan ditawarkan pada harga CNY 2,799 (RM 1,827) bagi versi 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.