Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TECNO Phantom X- 5 Ciri Premium Telefon Pintar Bernilai RM 1,499 ini

TECNO Phantom X- 5 Ciri Premium Telefon Pintar Bernilai RM 1,499 ini

TECNO, syarikat telefon pintar global yang semakin popular di pasaran Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar premium terbaru mereka iaitu TECNO Phantom X pada harga RM1,499 sahaja.

TECNO Mobile mungkin nama baharu di Malaysia, namun jenama telefon pintar antarabangsa ini mempunyai pengaruh yang kukuh di beberapa pasaran di Afrika, ,India, Timur Tengah dan Asia Selatan.

Sebelum pelancaran TECNO Phantom X di Malaysia, TECNO juga telah menawarkan beberapa model siri telefon pintar seperti TECNO Pova Series, TECNO Camon Series dan TECNO Spark Series.

Walaubagaimanapun, TECNO Phantom X adalah telefon pintar yang mencuri tumpuan pengguna di Malaysia dan syarikat ini juga telah melantik bekas jaguh badminton negara iaitu Dato’ Wira Dr Lee Chong Wei sebagai duta rasmi TECNO Mobile Malaysia.

Sebagai telefon pintar premium pertama di Malaysia, mampukah TECNO Phantom X memberikan cabaran kepada jenama telefon pintar popular lain di Malaysia?.

Berikut adalah 5 ciri menarik yang dimiliki TECNO Phantom X:

Reka Bentuk Premium

TECNO Phantom X mungkin merupakan telefon pintar premium pertama syarikat ini, namun kualiti reka bentuk yang ditawarkan pada TECNO Phantom X adalah setanding jenama premium lain dipasaran.

Peranti ini hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang mana dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang.

Sementara itu, TECNO Phantom X tampil dengan rekaan yang sangat ergonomik yang memberikan keselesaan terbaik ketika dipegang.

TECNO Phantom X ditawarkan di dalam dua warna iaitu Starry Blue dan Summer Sunset.

Skrin 3D Borderless 

Satu lagi ciri premium yang dimiliki TECNO Phantom X adalah reka bentuk yang 3D Borderless yang melengkung pada kedua-dua sisi iaitu pada kadar 70⁰.

Selain itu, skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci yang dimiliki TECNO Phantom X juga menyokong kadar segar semula 90Hz untuk anda menikmati pengalaman visual kelas flagship.

Tri-kamera 50MP 

TECNO Phantom X disertakan dengan tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor beresolusi tinggi 50MP SAMSUNG GN1, sensor ultrawide 8MP dan sensor potret professional 50mm beresolusi 13MP.

Selain itu, kamera flagship TECNO Phantom X ini juga mampu mengambil gambar malam terbaik melalui ciri Super Night View 3.0, rakaman video 4K, video gerak perlahan 960fps dan video time-lapse 4K.

Selfie Dwi-Kamera 48MP + 8MP

TECNO Phantom X menampilkan penggunaan dua kamera selfie iaitu satu sensor Ultra-Clear 48MP bersama satu sensor ultrawide selfie 8MP yang memastikan setiap gambar selfie yang diambil memperlihatkan anda dengan personaliti yang paling sempurna.

Dalam pada itu, untuk selfie pada waktu malam yang lebih baik, TECNO Phantom X juga memiliki lampu flash khas yang boleh membantu menerangi wajah anda.

Bateri 4,700mAh dengan pengecasan 33W

TECNO Phantom X berjaya menyertakan bateri berkapasiti 4,700mAh pada rangka peranti yang nipis dan ianya turut disertakan dengan pengecasan pantas 33W yang mampu memberikan anda pengecasan penuh didalam masa 70 minit sahaja.

Selain itu, TECNO Phantom X juga disertakan dengan cip MediaTek G95, 8GB RAM, 256GB storan dalaman dan sistem penyejukan Liquid Cooling yang meliputi 100% kawasan haba didalam peranti.

Kesimpulannya, TECNO Phantom X adalah sebuah telefon pintar yang sangat berbaloi kerana pada harga RM 1,499, tidak banyak telefon pintar jenama lain yang mampu menawarkan ciri dan spesifikasi premium setaraf telefon pintar ini.

TECNO Phantom X kini ditawarkan di Shopee pada harga RM 1,499 dan setiap pembelian juga akan hadir dengan waranti 12+1 bulan, 6 bulan perlindungan skrin dan TECNO TWS earphone secara percuma bagi 2,000 pembeli terawal.

Dapatkan TECNO Phantom X di Shopee atau melalui wakil pengedar rasmi

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.