Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable HUAWEI Mate Xs 2 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 888 4G pada harga RM 7,999

HUAWEI secara rasminya telah melancarkan telefon pintar foldable dengan skrin lipat ke bahagian luar iaitu HUAWEI Mate Xs 2.

HUAWEI Mate Xs 2 hadir dengan reka bentuk 3D fibreglass dengan berat 255 gram.

Skrin paparan True-Chroma OLED HUAWEI Mate Xs 2 ini mempunyai ukuran 7.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz namun apabila dlipat ianya menawarkan saiz skrin yang lebih kompak iaitu 6.5-inci dengan resolusi 248p x 1176 piksel.

HUAWEI Mate Xs 2 juga mempunyai kamera selfie 10MP yang diletakkan pada berhampiran bucu skrin.

Selain itu, HUAWEI juga mendakwa telah menambah baik teknologi engsel Double-rotating Falcon Wing yang dikatakan lebih lasak dan tidak mempunyai sebarang lekukan jelas pada skrin dan skrin ini juga menyokong input stylus M-Pencil 2.

Pada bahagian kamera, HUAWEI Mate Xs 2 mempunyai tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telefoto 8MP dengan sokongan zoom optik 3x.

HUAWEI Mate Xs 2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 888 4G, 8GB RAM dan storan dalaman iaitu 256GB.

Selain itu, HUAWEI Mate Xs 2 juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 66W dan EMUI 12.

HUAWEI Mate Xs 2 ditawarkan didalam dua warna iaitu white dan black pada harga RM 7,999

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.