Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 50 Pro 5G dan Narzo 50 kini di Malaysia – harga promosi dari RM 899 sahaja

Selain pelancaran realme 9 Pro+ FreeFire Limited Edition, realme juga telah melancarkan dua model realme Narzo 50 Series di Malaysia iaitu realme Narzo 50 5G dan realme Narzo 50 Pro 5G.

realme Narzo 50 Pro 5G

realme Narzo 50 Pro 5G hadir dengan skrin paparan 90Hz AMOLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi FHD+ dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5

Ianya dijana cip MediaTek Dimensity 920, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Pada bahagian belakang, realme Narzo 5G Pro memiliki sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

realme Narzo 50 Pro 5G juga mempunyai sensoe capjari dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm dan antaramuka realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme Narzo 50 Pro 5G akan ditawarkan dalam warna Hyper Blue dan Hyper Black pada harga RM 1,299 namun ianya akan ditawarkan pada harga RM 1,099 di Lazada pada 25 Mei ini dengan setiap pembelian terawal akan menerima realme Buds Q2.

realme Narzo 50 5G

realme Narzo 50 5G hadir dengan skrin papara LCD berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 810, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, realme Narzo 50 5G memiliki dua sensor kamera iaitu satu sensor utama 48MP dan satu sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 8MP.

realme Narzo 50 5G juga tampil dengan realme UI 3.0 dan pembesar suara stereo namun penggunaan panel LCD bermaksud sensor capjari kini diletakkan pada butang kuasa di sisi.

realme Narzo 50 5G ditawarkan dalam warna Hyper Blue and Hyper Black pada harga RM 1,099 namun akan dijual pada harga istimewa RM 899 pada 25 Mei ini di Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.