Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Enco X2 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 799

Selain pelancaran OPPO Find X5 Pro di Malaysia, OPPO juga telah memperkenalkan TWS terbaru mereka iaitu OPPO Enco X2.

OPPO Enco X2 menampilkan sistem akustik Super Dynamic Balance Enhanced Engine (SuperDBEE) yang dibangunkan bersama gergasi audio Nordic Dynaudio, ia turut didatangkan dengan pensijilan Wireless Audio Hi-Res dan Low Latency High-Definition Audio Codec (LHDC) 4.0 yang baharu.

OPPO Enco X2 mengimbangi kebolehan pembatalan hingar yang mengagumkan dan menyampaikan bunyi yang terbaik, menjadi penanda aras baharu untuk kualiti audio flagship. Bersama dengan butiran berorientasikan pengguna dan teknologi akustik yang inovatif

Dibina dengan cip ANC tiga teras yang menyokong ANC dwi-mikrofon, setiap fon OPPO Enco X2 menampilkan dua mikrofon yang mampu membatlakn bunyi hingar sehingga ke tahap 45dB dan julat frekuensi ANC sehingga 4000Hz.

OPPO Enco X2 menyokong pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar Qi yang mudah. Apabila digunakan dengan bekas pengecas, fon telinga ini menawarkan jangka hayat bateri sehingga sehingga 40 jam. Ditambah dengan pengecasan pantas, pengecasan selama 5 minit mampu memberikan anda pendengaran muzik selama 2 jam.

Dari segi reka bentuk, OPPO Enco X2 mempunyai berat hanya 4.7gram dan ianya juga mempunyai pensijilan IP54.

OPPO Enco X2 ialah fon telinga TWS pertama dalam industri yang menyokong rakaman binaural, yang menawarkan pengalaman rakaman audio asli, segar dan benar-benar nyata yang dimungkinkan dengan teknologi rakaman dan pemprosesan audio yang inovatif yang dikuasakan oleh Dolby Audio.

OPPO Enco X2 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799 didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Mesti Baca : ULASAN : OPPO Find X5 Pro – Prestasi Mantap, Kamera Terbaik

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatka OPPO Enco X2 di semua My OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, Peniaga Sah OPPO, Kedai Dalam Talian Sah OPPO, Rakan Kongsi Kedai Rangkaian dan rakan kongsi E-comm seperti Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut mengenai OPPO Enco X2 di SINI

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.