Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elon Musk dakwa akaun palsu di Twitter melebihi 20% – tidak mahu teruskan pembelian seperti dipersetujui

Elon Musk dakwa akaun palsu di Twitter melebihi 20% - tidak mahu teruskan pembelian seperti dipersetujui 3

Pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk pada jumlah $44 bilion kini menjadi tanda tanya selepas beliau mempersoalkan dakwaan Twitter bahawa jumlah akaun palsu adalah kurang dari 5%.

Elon Musk berkata bahawa tawaran yang dibuat sebelum ini adalah berdasarkan pemfailan SEC daripada Twitter yang menyatakan bahawa jumlah akaun palsu di Twitter adalah kurang dari 5%.

Musk dalam posting terbaru di Twitter mendakwa jumlah akaun palsu di platform media sosial ini adalah 20% iaitu 4 kali ganda berbanding apa yang dinyatakan oleh Twitter dan selagi tiada sebarang penjelasan tentang jumlah ini , pembelian ini tidak akan diteruskan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Parag Agrawal berkata jumlah akaun palsu adalah dibawah 5% pada 4 suku terakhir dan beliau turut menambah statistik ini tidak boleh diterbitkan semula secara luaran memandangkan keperluan untuk menggunakan kedua-dua maklumat awam dan peribadi untuk menentukan sama ada akaun adalah palsu/spam.

Twitter dalam pada itu komited untuk menyelesaikan penjualan ini pada kadar seperti yang ditawarkan sebelum ini iaitu $54.20 setiap saham.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.