Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 9 Pro+ FreeFire Limited Edition kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,499

realme Malaysia secara rasmi telah melancarkan telefon pintar realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition pada harga RM 1,499.

realme 9 Pro+ edisi terhad FreeFire ini hadir ke pasaran tempatan selepas pelancaran di pasaran Thailand baru-baru ini.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini hadir dengan reka bentuk yang bertemakan permainan video popular Free Fire.

Antara perbezaan yang ada pada panel belakang realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition ini adalah logo realme diletakkan pada bahagiang tengah manakala logo Free Fire didalam kemasan pelangi diletakkan pada bahagian bawah.

Panel ini juga mempunyai corak sirip yang berbeza dan memantulkan pelbagai warna pada sudut tertentu.

Selain itu, edisi terhad realme 9 Pro+ ini juga hadir dengan kotak pembungkusan yang mempunyai elemen Free Fire dan ini termasuk beberapa pelekat Free Fire, peta Free Fire dan banyak lagi.

realme 9 Pro+ Free Fire Limited Edition akan mula ditawarkan di Malaysia pada 20 Mei ini di Shopee (percuma Buds Air 2 Neo bagi 50 pembeli pertama) dan wakil pengedar rasmi (percuma Gaming Finger Sleeve dan Gaming Controller) pada harga RM 1,499 sahaja.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.