TECNO Phantom X kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 90Hz dan cip Helio G95 – harga RM 1,499
Jenama telefon pintar yang semakin meningkat naik dipasaran Malaysia iaitu TECNO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar kelas premium terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu TECNO Phantom X.
TECNO Phantom X hadir dengan skrin paparan AMOLED 3D Borderless berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan reka bentuk yang sangat ergonomik serta turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.
Selain itu, telefon pintar TECNO Phantom X hadir dengan cip MediaTek Helio G95, 8GB+5GB RAM dan 256GB storan dalaman.
Beralih kepada kamera, TECNO Phantom X memiliki sensor utama 50MP, sensor telefoto 13MP yang menawarkan 2x zoom optik dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie Phantom X adalah 48MP+8MP.
Ke bahagian bateri, TECNO Phantom X memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W yang mampu mencapai pengecasan penuh didalam masa 65 minit.
Lain-lain spesifikasi Phantom X adalah sensor capjari dalam skrin, sistem penyejukan cecair dan antaramuka HiOS yang berasaskan Android 11.
TECNO Phantom X akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 didalam dua warna iaitu Starry Night Blue dan Summer Sunset.
Setiap pembelian TECNO Phantom X akan menikmati waranti 12+1 bulan dan 6 bulan perlindungan skrin serta TWS TECNO earphone percuma bagi 2,000 pembeli pertama.