Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X80 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 4,999

 

vivo secara rasminya telah melancarkan vivo X80 Series di Malaysia.

Buat masa ini, vivo X80 Series terdiri daripada dua model iaitu vivo X80 dan vivo X80 Pro.

vivo X80 Pro 5G adalah model tumpuan pada artikel ini dan ianya hadir dengan skrin paparan E5 LTPO2 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz yang menyokong kadar segar dinamik antara 1Hz hingga 120Hz.

Skrin ini juga memiliki sensor capjari ultrasonic yang mempunyai ruang pengesanan yang lebih besar iaitu sekitar 38.7% berbanding generasi sebelum ini.

vivo X80 Pro 5G ditawarkan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Beralih kepada kamera, vivo X80 Pro 5G memiliki 4 sensor kamera iaitu satu sensor utama khas 50MP Samsung ISOCELL GNV yang mempunyai OIS, pemfokusan laser, teknologi Pixel Shift dan aperture f/1.57.

Telefon pintar ini juga memiliki satu sensor 12MP Sony IMX663 yang mempunyai 2x zoom dengan pengstabilan gimbal, satu sensor telefoto 5x 8MP dengan aperture f/3.4 dan sensor ultrawide 48MP Sony IMX598.

Selain itu, kesemua kamera ini juga mempunyai saluran lensa Zeiss T* dan cip vivo V1+ ISP untuk fotografi low-light yang lebih baik.

Kamera selfie pada vivo X80 Pro adalah sensor 32MP.

Beralih kepada bateri, vivo X80 Pro 5G memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 80W dan pengecasan pantas tanpa wayar 50W.

Selain itu, vivo X80 Pro 5G memiliki sistem penyejukan VC 27 lapisan, cip audio HiFi, NFC, pembesar suara stereo dan pensijilan IP68 serta FunTouch OS 12 yang berasaskan Android 12.

vivo X80 Pro 5G ditawarkan didalam warna Cosmic Black pada harga RM 4,999.

Pra-tempahan kini telah dibuka dan setiap pembelian Vivo X80 Pro 5G ini akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1555 iaitu pengecas tanpa wayar 50W, phone case, 100 hari waranti pertukaran one to one dan 1 tahun waranti untuk bateri.

Pra-tempah vivo X80 Pro 5G di vivo eStore

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.