Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M23 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,299 – eksklusif di Shopee

Samsung secara rasminya telah melancarkan satu lagi telefon pintar didalam siri Galaxy M iaitu Samsung Galaxy M23 5G yang kini ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga RM 1,299.

Samsung Galaxy M23 5G ini hadir dengan skrin paparan Infinity-V TFT LCD berukuran 6.6-inci yang mempunyai resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Dari segi bahagian dalaman, Galaxy M23 5G ini hadir dengan cip Snapdragon 750G 5G, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan antaramuka One UI yang berasaskan Android 11.

Beralih ke kamera, Samsung Galaxy M23 5G ini tampil dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta kamera selfie 8MP.

Dalam pada itu, Samsung Galaxy M23 5G ini juga tampil dengan bateri 5,000mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 25W namun hanya adapter 15W disertakan dalam kotak.

Samsung Galaxy M23 5G kini ditawarkan di Shopee pada harga RM 1,299 dan terdapat tiga pilihan warna iaitu Light Blue, Orange Copper dan Deep Green.

Dapatkan Samsung Galaxy M23 5G di Shopee

 

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.