Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco Watch kini rasmi – Jam Pintar Bajet dengan skrin AMOLED dan GPS

Selain pelancaran Poco F4 GT, Poco turut telah memperkenalkan jam pintar pertama syarikat ini iaitu Poco Watch.

Poco F4 GT kini rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 1 – harga promosi dari RM 1,999 sahaja

Poco Watch hadir dengan reka bentuk rangka segi empat yang diperbuat daripada plastik dan turut menempatkan skrin paparan AMOLED berukuran 1.6-inci.

Poco Watch tampil dengan lebih dari 100 pilihan watch face, lebih dari 100 mod kecergasan, bacaan kadar degupan jantung, kadar SpO2 dan sistem GPS.

Selain itu, Poco Watch juga menawarkan perlindungan kalis air 5ATM dan jangka hayat bateri sehingga 14 hari.

Poco Watch akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 299 namun ianya akan ditawarkan pada harga istimewa RM 249 pada 28 April ini di platform Shopee dan Lazada.

 

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.