Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition kini rasmi – harga promosi RM 259 sahaja

Selain pelancaran Poco F4 GT dan Poco Watch, Poco turut berkesempatan melancarkan produk AIoT pertama syarikat ini iaitu sebuah TWS edisi khas iaitu Poco Buds Pro Genshin Impact.

Sesuai dengan namanya, Poco Buds Pro Genshin Impact direka khas untuk peminat tegar permainan video Genshin Impact dan pengalaman istimewa ini bermula dari saat anda mula menggunakanya.

Poco Buds Pro Genshin Impact ini mempunyai suara notifikasi dari watak ikonik iaitu Klee dan bekas pengecasan juga berinspirasikan beg galas beliau.

Selain itu, POCO Buds Pro Genshin Impact Edition juga mempunyai ciri pembatalan bunyi ANC sehingga 35dB dan terdapat pemacu dinamik 6mm yang memastikan pemakai dapat menikmati muzik yang imersif dan tulen.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition juga mempunyai pensijilan IPX4, 28 jam waktu pendengaran, pengecasan tanpa wayar dan ciri dual connection.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition akan ditawarkan di Malaysia mulai 28 April pada harga RM 259 namun harga ini adalah untuk satu hari sahaja dengan harga jualan selepas itu adalah RM 299.

Dapatkan POCO Buds Pro Genshin Impact Edition di Shopee dan Lazada

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.