Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5 mula terima kemaskini Android 12

Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5 mula terima kemaskini Android 12 3
Asus telah mengumumkan penawaran kemaskini Android 12 bagi telefon pintar gaming syarikat ini iaitu Asus ROG Phone 5 dan ROG Phone 5s.

Menurut posting terbaru di forum rasmi Asus, perisian kemaskini Android 12 bagi kedua-dua telefon pintar ini akan tiba kepada pengguna dan ianya mempunyai nombor siri 31.0810.1226.57 yang sama bagi kedua-dua telefon pintar ini.

Kemaskini Android 12 ini akan membawakan anda ciri baharu Android bersama-sama reka bentuk ROG UI, penambahbaikan aplikasi terbina dan reka bentuk konsol yang baharu di Armoury Crate.

Buat masa ini masih belum dapat dipastikan bila kemaskini Android 12 ini akan tiba kepada pengguna, terutamanya bagi pengguna di Malaysia namun ianya ditawarkan secara berperingkat dan dijangka akan tiba didalam masa beberapa hari atau minggu akan datang.

Jika anda tidak mempunyai kesabaran untuk menunggu kemaskini ini tiba, anda boleh memuatnaik kemaskini melalui sumber rasmi namun pastikan telefon pintar (nombor model) anda adalah sama dan pastikan juga backup telah dilakukan.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat bila Asus ROG Phone 5 Pro dan Asus ROG Phone 5s Pro akan menerima kemaskini Android 12 ini.

Kemaskini Android bagi Asus ROG Phone 5

Kemaskini Android bagi Asus ROG Phone 5s

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.