Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kerajaan muktamadkan penggunaan model SWN 5G – tawar 70% ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa kerajaan Malaysia akan mengekalkan penggunaan model single wholesale network (SWN) bagi rangkaian 5G dibawah syarikat 100% milik kerajaan iaitu Digital Nasional Bhd (DNB).

Walaubagaimanapun, beliau juga telah mengumumkan penawaran 70% pegangan didalam DNB kepada operator rangkaian mudah alih (MNOs) di Malaysia.

Tengku Zafrul berkata dengan mengekalkan model SWN, tidak akan ada implikasi kewangan tambahan pada kontrak DNB dengan penyedia infrastruktur 5G iaitu Ericsson Malaysia Sdn Bhd.

Selain itu, penawaran ekuiti kepada MNO ini juga akan dilengkapkan sebelum Jun 2022 berbanding tarikh sebelum ini pada 2024.

Bercakap mengenai harga rangkaian 5G, Annuar Musa berkata kos bagi setiap gigabit adalah 20 sen yang mana ianya adalah lebih murah berbanding kos untuk rangkaian 4G.

Selain itu, model SWN juga mampu membolehkan liputan rangkaian mencapai tahap 80% didalam masa 3 tahun berbanding liputan rangkaian 3G & 4G yang mengambil masa sekitar 8 hingga 9 tahun untuk mencapai 80% liputan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.