Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12X rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 870 – tidak ditawarkan di Malaysia

Pada Majlis pelancaran global Xiaomi 12 Series malam tadi, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran antarabangsa Xiaomi 12X.

Xiaomi 12 Pro dan Xiaomi 12 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen – harga promosi dari RM 2,799

Selain Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro, Xiaomi juga telah melancarkan Xiaomi 12X yang merupakan model termurah didalam keluarga Xiaomi 12x

Xiaomi 12X tampil dengan skrin paparan AMOLED 120Hz AdaptiveSync berukuran 6.28-inci yang sama seperti pada Xiaomi 12.

Xiaomi 12X hadir dengan pemproses Snapdragon 870 yang disertakan dengan RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1

Beralih kepada kamera, Xiaomi 12X memiliki sensor utama 50MP, sensor ultrawide 13MP dan sensor telemakro 5MP.

Pada bahagian bateri pula, Xiaomi 12X memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan tidak lupa antaramuka  MIUI 13 yang terkini.

Xiaomi 12X akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Purple, Gray dan Blue pada harga €649 (RM 2,986).

Walaupun ditawarkan untuk pasaran global, Xiaomi 12X tidak diumumkan untuk pasaran Malaysia buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.