Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find N – Telefon Pintar Foldable pertama Oppo akan dilancarkan 15 Disember ini


Semalam Oppo telah mengesahkan pelancaran telefon pintar dengan teknologi kamera belakang pop-up di Oppo Inno Day minggu hadapan dan hari ini Oppo mengesahkan bahawa telefon pintar foldable pertama syarikat ini juga akan dilancarkan.

Oppo telah mengesahkan perkara ini melalui akaun Weibo syarikat dan ianya akan dikenali sebagai Oppo Find N.

Oppo Find N dilihat sebagai sebuah peranti dengan skrin boleh lipat yang kompak dengan profil reka bentuk yang sama seperti Galaxy Z Fold3.

Selain itu, gambar teaser ini juga mendedahkan bahawa telefon pintar Oppo Find N akan mempunyai tiga sensor kamera dibahagian luar.

Selain Oppo Find N, Oppo dijangka akan memperkenalkan beberapa inovasi dan teknologi baharu yang akan digunakan pada telefon pintar Oppo pada masa hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.