Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V23e 5G dan vivo V23e kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 1,399


vivo secara rasminya telah melancarkan vivo V23e dan vivo V23e 5G untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan serendah dari RM 1,399 sahaja.

vivo V23e dan vivo V23e 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci dan ianya ini juga dilengkapi sensor capjari dalam skrin.

Vivo V23e 5G hadir dengan pemproses MediaTek Dimensity 810, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala vivo V23e pula hadir dengan cip MediaTek Helio G96 dengan kapasiti RAM dan storan dalaman yang sama.


Selain itu, vivo V23e 5G hadir dengan sensor utama 50MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 44MP.

Dalam pada itu, vivo V23e pula hadir dengan modul kamera yang berlainan dimana ianya dilengkapi sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah unit 50MP.

Beralih kepada bateri, vivo V23e 5G dan vivo v23e mempunyai bateri berkapasiti 4,050mAh dan ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 44W.

Vivo V23e 5G dan vivo V23e akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Sunshine Coast dan Moonlight Shadow dengan harga RM 1,599 dan RM 1,399.

Pra-tempahan bagi telefon pintar ini kini dibuka di vivo E-store, Lazada dan Shopee serta dan pengedar rasmi sah vivo dan wakil penjual seperti Chan Furniture, Courts, Harvey Norman, Lulu, Senheng, Sentriq, senQ, Thundermatch dan Urban Republic (terdapat pelbagai hadiah percuma yang ditawarkan).

Anda juga boleh mendapatkan diskaun 50% bagi pembelian vivo TWS 2 series dengan pembelian vivo V23e 5G atau vivo V23e di vivo E-stores .

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.