Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WhatsApp Web tawar ciri cipta sticker terbina dalam aplikasi


Penggunaan sticker pada WhatsApp adalah satu cara interaktif untuk anda berbual dengan rakan dan group namun proses membuat sticker sendiri adalah sesuatu suatu proses yang rumit dan memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi dan sebagai permulaan WhatsApp Web kini sudah menawarkan sokongan untuk anda mencipta sticker secara terus pada aplikasi.

Cara membuat sticker ini juga adalah sangat mudah dimana anda hanya perlu menekan ikon ‘papeclip’ sebelum memilih sticker dan seterusnya memuat naik gambar yang hendak dijadikan sticker.

Selepas dimuat naik, imej tersebut boleh disunting, di crop dan anda juga diberikan pilihan menambah emoji, teks dan banyak lagi. Buat masa ini sticker jenis GIF tidak ditawarkan.

Buat masa ini ciri ini hanya ditawarkan pada WhatsApp Web namun ianya akan turut ke aplikasi WhatsApp Web didalam masa beberapa minggu.

Walaubagaimanapun, jika ini sudah pastinya lebih berguna jika ianya turut ditawarkan didalam aplikasi WhatsApp pada telefon pintar Android dan iOS.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.