Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno6 5G dinobatkan sebagai telefon pintar dengan bateri terbaik oleh DxOMark


DxOMark, sebuah badan ternama yang tidak asing didalam mengiktiraf kemampuan kamera sesuatu telefon pintar.

Selain menguji kemampuan kamera, DxOMark juga telah menggunakan kepakaran mereka menguji bateri dan audio pada telefon pintar.

Oppo Reno6 5G, telefon pintar terbaru siri Oppo Reno telah dinobatkan sebagai telefon pintar #1 dengan bateri terbaik oleh DxOMark.

Oppo Reno6 5G telah memperoleh 96 mata yang menjadikanya sebagai telefon pintar terbaik daripada 40 telefon pintar yang telah diuji setakat ini.

Daripada tiga faktor yang diuji, OPPO Reno6 5G berada di tempat pertama dalam kedua-dua ujian pengecasan dan kecekapan, memastikan tempat teratas global dalam pangkalan data DXOMARK untuk prestasi bateri terbaik.

Ujian bateri DxOMark juga mengesahkan bahawa Oppo Reno6 5G mampu mencapai tahap 80% pengecasan didalam masa 22 minit sahaja manakala pengecasan penuh mengambil masa 35 minit.

ULASAN : OPPO Reno6 Z – Peranti Midrange 5G dengan Reka Bentuk Premium

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.