Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 9 kini di tawarkan secara rasmi di Malaysia


HUAWEI nova 9 yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga yang sangat kompetitif iaitu hanya RM 1,999.

HUAWEI nova 9 kini boleh didapati di HUAWEI Experience Store, HUAWEI Store Online atau HUAWEI Flagship Store di Lazada, HUAWEI Official Store di Shopee dan Sengheng didalam dua warna iaitu Starry Blue dan Black.


Selain itu, setiap pembelian HUAWEI nova 9 juga akan menerima hadiah percuma bernilai RM 130 dari HUAWEI Mobile Services.

Dalam pada itu, HUAWEI juga akan mengadakan roadshow di Pavilion KL sehingga 28 November ini dan 30 pembeli pertama HUAWEI nova 9 akan menerima HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI Standard Gift Bundle Box.

Peraduan vlog #BeAnovaStar

HUAWEI Malaysia juga telah mengumumkan peraduan vlog #BeAnovaStar. Untuk semua pengguna berbakat yang menggunakan telefon pintar siri HUAWEI nova, bersiap sedia untuk mempamerkan kreativiti anda dan berpeluang memenangi rangkaian produk HUAWEI bernilai lebih daripada RM7,000*!

Langkah untuk menyertai peraduan:

1. Rakam sekurang-kurangnya satu (1) minit vlog kreatif dengan mana-mana telefon pintar siri HUAWEI nova

2. Muat naik video ke Facebook anda dan tetapkannya sebagai public

3. Anda mesti menggunakan hashtag #BeAnovaStarVlog dan tag @HUAWEIMobileMY Facebook Page dalam caption anda

4. Copy pautan post Facebook anda dan letak di bahagian komen pada HUAWEI Community.

Siapa yang boleh mengambil bahagian?

1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia; dan

2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada 8 November 2021.

3. Pengguna telefon pintar siri HUAWEI nova

4. Pengguna berdaftar HUAWEI Community Malaysia https://consumer.huawei.com/my/community/

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.