Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco M4 Pro 5G kini rasmi di Malaysia pada harga promosi serendah RM 749 di Shopee


Seperti yang dijadualkan, Poco secara rasminya telah melancarkan Poco M4 Pro 5G untuk pasaran global dan ianya juga telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia mulai 11 November

Poco M4 Pro 5G merupakan telefon pintar terbaru didalam Poco M Series yang sangat popular dan menawarkan pengguna telefon pintar pada harga yang berpatutan.

Poco M4 Pro 5G ini hadir dengan skrin paparan 90Hz DynamicSwitch DotDisplay berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+.

Selain itu, Poco M4 Pro 5G hadir dengan cip MediaTek Dimensity 810 yang dipadankan dengan dua konfigurasi RAM dan storan dalaman jenis UFS 2.2.

Pada bahagian kamera pula, Poco M4 Pro 5G juga menjadi telefon pintar pertama Poco M Series untuk hadir dengan sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 8MP. Kamera ini juga membawa pelbagai mod seperti Mod malam, Kaleidoscope, Gerak perlahan dan video Time-lapse. Kamera selfie telefon pintar ini adalah 16MP.

Satu lagi ciri yang pertama kali diperkenalkan pada Poco M Series adalah pengecasan 33W Pro fast charging bersama-sama bateri berkapasiti 5,000mAh (0-100% dalam masa 59 minit).

Akhir sekali, Poco M4 Pro 5G turut mempunyi sensor capjari pada sisi, X-axis linear motor dan dengan kemasan panel belakang matte yang ditawarkan didalam tiga warna iaitu POCO Yellow, Power Black dan Cool Blue.

Poco M4 Pro 5G akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada 11 November ini pada harga istimewa RM 749 bagi versi 4/64GB dan RM 899 bagi versi 6/128GB.

Dapatkan Poco M4 Pro 5G di Shopee

Harga runcit Poco M4 Pro 5G adalah RM 849 bagi versi 4/64GB dan RM 999 bagi versi 6/128GB dan ianya akan turut ditawarkan di Lazada selepas 11 November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.