Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G – Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 35
Pengenalan

Siri telefon pintar midrange popular daripada Samsung iaitu Galaxy A Series adalah satu barisan produk yang kini menawarkan pengguna reka bentuk dan spesifikasi seperti kelas flagship pada harga yang lebih mesra poket.

Selain itu, Samsung juga dilihat lebih agresif dengan Galaxy A Series yang mana pelancaran generasi baharu sesuatu model akan berlangsung  didalam masa 6-7 bulan sahaja.

Samsung Galaxy A52s 5G meneruskan momentum yang telah dibina oleh Galaxy A52 5G namun memperbaiki beberapa ciri utama telefon pintar yang menawarkan lebih nilai belian khususnya kerana ianya ditawarkan pada harga yang sama.

Model paling atas didalam keluarga Samsung Galaxy A Series adalah Samsung Galaxy A52 dan selepas pelancaran Samsung Galaxy A52 4G dan Galaxy A52 5G pada awal tahun ini, kita kini disajikan pula dengan Samsung Galaxy A52s 5G yang mana di atas kertas tampil dengan pelbagai spesifikasi flagship kepada pengguna.

Samsung Malaysia telah menghantar unit ulasan Samsung Galaxy A52s 5G dan berikut adalah ulasan Samsung Galaxy A52s 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 36

Dalam Kotak

Samsung Galaxy A52s 5G menampilkan reka bentuk kotak yang sama dimana didalam kotak anda masih menerima adapter pengecasan 15W, telefon pintar Galaxy A52s 5G yang siap dipasang filem perlindungan skrin dan kabel USB-C.

Apa yang sedikit mendukacitakan adalah, tiada sebarang bekas silikon di sertakan didalam kotak manakala adapter yang ditawarkan hanya menawarkan kadar 15W dan bukanya 25W seperti yang disokong oleh telefon pintar. Ini bermaksud anda harus membeli atau menggunakan adapter 25W untuk menikmati pengecasan yang lebih pantas pada telefon pintar ini.

Baca : Pandangan Pertama : Samsung Galaxy A52s 5G – Peranti Midrange 5G Terbaik daripada Samsung

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 37

Reka Bentuk

Samsung Galaxy A52s 5G menawarisi reka bentuk luaran yang sama seperti Samsung Galaxy A52 dan Samsung Galaxy A52 5G dengan kemasan panel belakang matte yang ditawarkan didalam pelbagai warna menarik.

Samsung menerapkan penampilan yang lebih premium pada Galaxy A52 s 5G dan pada pendapat kami, syarikat gergasi Korea ini berjaya memberikan kemasan visual yang pasti diminati golongan muda terutamanya.

Panel belakang Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan kemasan yang lebih lembut dan kemasan matte juga memberikan telefon pintar ini satu penampilan yang sentiasa kemas tanpa sebarang capjari.

Samsung Galaxy A52s 5G ini juga didalam beberapa warna iaitu Awesome White, Awesome Mini, Awesome Violet dan Awesome Black yanh sama seperti unit reviu kami.

Panel belakang Samsung Galaxy A52s 5G ini diperbuat daripada plastik yang lembut yang sangat selesa dan menawarkan cengkaman yang kukuh ketika dipegang.

Beralih kepada bahagian sisi, Samsung memilih untuk menggunakan rangka yang berasaskan plastik namun dengan kemasan seperti berkilat dan telefon pintar ini juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP67 yang pertama kali telah ditawarkan pada generasi sebelum ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 38

Selain itu, pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa kelantangan suara yang sangat responsif dan untuk menutup atau restart peranti, anda harus menekan butang kuasa dan ‘volume’ down. Bahagian sisi kiri tidak mempunyai sebarang butang atau slot.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 39

Pada bahagian bawah pula, Galaxy A52s 5G juga masih menawarkan bicu audio 3.5mm, slot USB-C dan pembesar suara yang mana ianya tampil dengan sistem bunyi stereo.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 40

Beralih kepada bahagian atas, ianya menempatkan slot SIM yang menyokong dua Nano SIM atau satu SIM dan satu kad microSD yang memberikan anda tambahan storan sehingga 1TB.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 41
Skrin Paparan AMOLED Samsung Galaxy A52s 5G juga mempunyai sensor capjari dalam skrin

Bercakap mengenai panel hadapan yang merupakan skrin paparan 120Hz OLED yang turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

Kami akan memperkatakan lebih lanjut mengenai skrin paparan Galaxy A52s 5G di bahagian seterusnya.

Menutup bahagian reka bentuk Galaxy A52s 5G  ini dengan ukuran dimensi telefon pintar ini yang kompak iaitu 159.9 x 75.1 x 8.4 mm dengan berat 189gram.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 42

Skrin Paparan

Samsung Galaxy A 52s tampil dengan skrin paparan yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini dimana panel OLED pada generasi ‘s’ ini menyokong kadar segar semula 120Hz.

Samsung Galaxy A52s 5G masih menampilkan skrin paparan Infinity-O berukuran 6.5-inci dan ianya adalah panel AMOLED yang menawarkan anda resolusi FHD+ dengan kepatan piksel 405ppi.

Pengguna panel 120Hz pada Galaxy A52 adalah kerana kadar segar semula ini adalah setaraf yang ditawarkan pada peranti flagship yang termasuk Samsung Galaxy S21 Series.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 43

Samsung menawarkan dua kategori kadar segar semula pada bahagian tetapan iaitu Smooth untuk pengalaman skrin 120Hz sepanjang masa dan Standard yang menetapkan kadar segar semula pada 60Hz sahaja. Kadar 60Hz sudah pastinya menawarkan anda penggunaan bateri yang lebih cekap.

Panel skrin 120Hz Samsung Galaxy A52s 5G ini juga menawarkan kecerahan maksima 800nits yang memastikan penggunaan peranti dibawah cahaya matahari yang terik adalah jelas.

Selain itu, terdapat dua profil warna skrin yang ditawarkan iaitu Vivid dan Natural. Terdapat juga tetapan white balance yang boleh dilaras mengikut kemahuan pengguna namun ianya hanya ditawarkan jika anda memilih mod Vivid.

Secara keseluruhanya, panel skrin Samsung Galaxy A52s 5G mampu menawarkan anda pengalaman skrin yang memuaskan dengan kadar segar semula 120Hz adalah satu kelebihan namun ketiadaan ciri adaptive refresh rate sudah pasti sedikit memberikan kesan kepada jangka hayat bateri.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 44

Samsung Galaxy A52s 5G juga menyokong mod Always-On Display dengan beberapa pilihan tetapan paparan ketika mod ini.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 45

Pemproses

Samsung Galaxy A52s 5G hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 778G menggantikan cip Snapdragon 750G yang digunakan pada Galaxy A52 5G.

Cip pemprosesan ini dibuat berdasarkan proses fabrikasi 6nm TSMC yang terdiri daripada 4 teras Kyro 670, GPU Adreno 642L dan modem 5G X53.

Walaubagaimanapun cipset ini masih menawarkan kapasiti RAM yang sama iaitu 8GB manakala storan dalaman adalah 256GB dengan slot microSD juga disertakan untuk tambahan storan sehingga 1TB.

Selain itu, Samsung Galaxy A52s 5G juga tampil dengan modem FastConnect 6700 yang bermaksud telefon pintar menawarkan sokongan Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 6.

Secara kasarnya, prestasi yang ditawarkan pemproses Snapdragon 778G adalah sangat memuaskan dan ianya menawarkan peningkatan prestasi yang drastik apabila dibandingkan dengan generasi yang lalu.

Peningkatan ini adalah sesuatu yang berbaloi kerana Samsung menawarkan Snapdragon 778G  dan Wi-Fi 6 tanpa sebarang perbezaan pada harga jualan model telefon pintar ini.

Selain itu, Galaxy A52s 5G ini juga disertakan dengan antaramuka OneUI 3.1 yang berasaskan Android 11.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 46
Kamera

Pasaran telefon pintar midrange amat popular dengan penawaran tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor wide, sensor ultrawide, sensor makro dan depth.

Seperti pada Samsung Galaxy A52, Samsung Galaxy A52s 5G masih mengekalkan spesifikasi kamera yang sama namun perubahan cipset yang digunakan mungkin sedikit sebanyak meningkatkan kualiti gambar yang terhasil.

Kelebihan terbesar yang dimiliki Samsung Galaxy A52s 5G adalah sensor wide 64MP yang digunakan pada telefon pintar yang juga mempunyai OIS.

Selain daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide  yang digunakan pada Galaxy A52s 5G adalah unit 12MP manakala dua sensor lain adalah sensor depth dan sensor makro pada resolusi 5MP dan bukanya 2MP seperti pada kebanyakkan telefon midrange di pasaran.

Penawaran optik pengstabilan imej (OIS) pada sensor utama memberikan sensor kamera Galaxy A52s 5G satu kebolehan fotografi yang lebih baik dimana kekaburan akibat tangan bergoyang kini tidak lagi akan berlaku.

Aplikasi kamera Samsung Galaxy A52s 5G adalah sama seperti pada telefon pintar Samsung yang lain namun pada model ini terdapat juga FUN MODE yang memberikan anda akses kepada AR Filters hasil kerjasama dengan Snapchat dan ianya juga boleh digunakan untuk mengambil video.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan FUN Mode anda mesti mempunyai sambungan internet yang berterusan.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 47

Selain itu, mod 64MP yang ditawarkan pada Galaxy A52s 5G juga dilihat mampu memberikan anda hasil gambar yang lebih berkualiti tanpa sebarang kekaburan.

Dalam pada itu, salah satu kekurangan Galaxy A52s 5G adalah ketiadaan sensor telefoto yang bermaksud pengzoom pada telefon pintar ini hanya dilakukan secara digital iaitu dengan melakukan zoom pada gambar dan bukanya magnifikasi seperti yang ditawarkan sensor telefoto.

Selain itu, gambar daripada sensor ultrawide 12MP juga ternyata baik walaupun tidak setaraf sensor utama dan tahap ketelitian gambar juga sedikit kurang.

Walaubagaimanapun, pretasi mod malam pada sensor 12MP ultrawide ternyata tidak memuaskan dan kami lebih gemar untuk sentiasa menggunakan sensor utama untuk mod fotografi malam ini.

 

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 48

Samsung Galaxy A52s juga menyokong fotografi makro dengan penggunaan sensor 5MP yang ternyata mampu mengambil gambar makro yang lebih teliti dengan pada jarak dekat. Aplikasi kamera Samsung juga boleh mengesan sensor kamera adalah berada dekat pada sesuatu objek dan memberikan anda pilihan untuk beralih kepada mod makro dengan menekan ikon ‘Use Macro mode’ pada skrin.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 49

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 50

Dalam pada itu, mod potrait Samsung Galaxy A52s 5G juga tidak mengecewakan dimana ianya boleh digunakan untuk mengambil potret manusia dan juga objek. Samsunh juga menawarkan anda pilihan untuk menukar kesan kabur pada latar belakang gambar ini yang mana terdapat beberapa pilihan efek menarik seperti Spin, Zoom, Colour Point dan banyak lagi.

Kamera selfie Samsung Galaxy A52s 5G adalah unit 32MP yang menjanjikan anda satu sensor selfie mampu memenuhi keperluan selfie samada untuk koleksi peribadi ataupun untuk dimuatnaik pada akaun media sosial anda.

Berikut adalah sampel gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A52s 5G :

 

 

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 64
Bateri

Samsung Galaxy A52s 5G menampilkan penggunaan sel bateri yang sama seperti pada Samsung Galaxy A52 5G iaitu 4,500mAh dan ianya juga disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 25W namun sekali lagi hanya adapter yang menyokong 15W disertakan untuk pengguna di Malaysia walaupun terdapat beberapa pasaran yang menerima adapter 25W.

Penawaran sokongan pengecasan pantas 25W pada Samsung Galaxy A52s dilihat mencukupi untuk mengimbangi tahap ketahanan bateri kerana pengecasan pantas dengan kadar yang lebih tinggi dilihat mampu menyebabkan ketahanan bateri menurun dengan lebih pantas.

ULASAN : Samsung Galaxy A52s 5G - Peranti Midrange 5G dengan Prestasi lebih hebat 65

Penutup

Samsung Galaxy A52s 5G mungkin sebuah telefon pintar yang tidak banyak berbeza dengan Samsung Galaxy A52 5G yang dilancarkan beberapa bulan lalu, namun ianya dilihat menawarkan beberapa nilai belian tambahan pda harga jualan yang sama.

Pelancaran telefon pintar baharu didalam tempoh kitaran produk yang singkat adalah sesuatu yang biasa pada pasaran midrange dan Samsung harus diberikan pujian kerana masih menawarkan barisan produk mereka didalam aturan yang konsisten dan tidak terlalu ‘serabut’ dengan kebanjiran telefon pintar yang ‘overlapping’ antara satu sama lain.

Samsung Galaxy A52s 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 dan ianya dilihat sebagai antara telefon pintar midrange premium 5G terbaik di pasaran.

Dapatkan Samsung Galaxy A52s 5G di stor atas talian Samsung Online Store.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.