Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancar RAM jenis LPDDR5x pertama di pasaran – kapasiti sehingga 64GB


Samsung telah menjadi syarikat pertama untuk membangunkan RAM jenis LPDDR5x yang menawarkan peningkatan kelajuan dan kapasiti berbanding RAM jenis LPDDR5 dan pada masa yang sama 20% lebih cekap tenaga.

Selain itu, RAM LPDDRx menawarkan kelajuan sehingga 8.5Gbps berbanding LPDRR5 yang menawarkan kelajuan 6.4Gbps dan ianya akan dibangunkan pada proses 14nm yang membolehkan ianya menyokong sehingga 64GB RAM.

Ini bermaksud komputer riba, tablet dan telefon pintar bakal tampil dengan kapasiti RAM yang lebih besar pada masa akan datang.

Samsung mengesahkan bahawa akan mula berkerjasama dengan syarikat pengeluar yang ingin menggunakan LPDDR5x RAM pada peranti mereka namun tidak mendedahkan bila ianya akan memasuki pasaran.

Kapasiti RAM LPDDR5x yang dilancarkan Samsung ini bermula pada 16GB.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.