Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit GTR 3 – Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda 

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  17

Pengeluar peranti wearable terkemuka global, Amazfit secara rasminya telah memperkenalkan tiga jam pintar premium serba baharu iaitu Amazfit GTR 3 Pro, Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3.

Apa yang lebih menarik adalah, ketiga-tiga jam pintar Amazfit ini telah dilancarkan di Malaysia pada harga yang sangat berpatutan dimana Amazfit GTR 3 dan Amazfit GTS 3 ditawarkan pada harga RM 649 manakala Amazfit GTR 3 Pro pula ditawarkan pada harga RM 929.

Dalam pada itu, Amazfit GTR 3 merupakan sebuah jam pintar premium yang pasti menjadi pilihan ramai kerana ianya ditawarkan pada harga RM 649 sahaja.

Mari kita terokai kelebihan yang dimiliki Amazfit GTR 3 

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  18

Reka Bentuk Klasik Dan Premium

Sebagai sebuah peranti wearable yang pintar, adalah penting untuk ianya mempunyai kemasan yang premium kerana ianya dapat menyempurnakan lagi penampilan anda secara keseluruhanya.

Amazfit GTR 3 hadir dengan reka bentuk yang berinspirasikan jam tangan klasik yang mana ianya mempunyai reka bentuk rangka bulat yang diperbuat daripada aluminum aloi gred industri penerbangan yang sangat ringan namun berketahanan tinggi. 

Keunggulan reka bentuk premium Amazfit GTR 3 ini juga disempurnakan dengan satu ‘ navigation crown’ yang memberikan kemasan yang elegan.

Reka bentuk tanpa bezel Amazfit GTR 3 ini juga disepadukan dengan skrin kaca lengkung untuk menyerlahkan anda dalam apa sahaja gaya dan pemakaian.

Amazfit GTR 3 ditawarkan didalam dua kemasan premium iaitu Thunder Black dan Moonlight Grey.

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  19

Skrin Paparan HD AMOLED 1.36”

Amazfit GTR 3 menampilkan skrin paparan yang terbaik di pasaran iaitu panel HD AMOLED berukuran 1.36-inci dengan kepadatan piksel 326 ppi.

Dalam pada itu, skrin yang digunakan pada Amazfit GTR 3 ini juga mempunyai kadar kecerahan sehingga 1,000 nits yang memastikan skrin ini sentiasa terang dan mudah dibaca walaupun dibawah cahaya matahari yang terik.

Selain itu, Amazfit GTR 3 juga mempunyai kadar nisbah skrin-kepada-badan 66% hasil kemasan bezel yang nipis dan elegan.

Amazfit GTR 3 juga didatangkan dengan lebih dari 100 reka bentuk Watchfaces yang dipadankan 100+ reka bentuk paparan Always On Display. Anda juga boleh menetapkan gambar pilihan anda sendiri sebagai gambar latar belakang mengikut citarasa anda.

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  20

Sensor Biometrik BioTracker PPG 3.0 

Amazfit GTR 3 juga menampilkan BioTracker PPG 3.0 6PD (6 fotodiod) terbina yang mengukur empat metrik kesihatan iaitu kadar degupan jantung, kadar oksigen darah SpO2, tahap tekanan dan kadar pernafasan di dalam masa 45 saat sahaja.

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  21

Jangka Hayat Bateri sehingga 21 hari 

Sebagai sebuah jam pintar premium, kadar jangka hayat bateri yang baik adalah satu kemestian dan Amazfit GTR 3 menawarkan anda sehingga 21 hari penggunaan dengan satu kitaran pengecasan penuh.

Bateri berkapasiti 450 mAh yang digunakan pada Amazfit GTR 3 ini memastikan anda sentiasa memperoleh manfaat positif daripada jam pintar tanpa perlu risau akan kehabisan bateri.

Jika anda adalah seorang pengguna yang agresif, bateri yang dimiliki oleh Amazfit GTR 3 masih mampu memenuhi keperluan anda sehingga 10 hari dengan satu pengecasan.

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  22

GPS & Kalis Air 5ATM

Untuk memastikan setiap aktiviti anda direkodkan dengan lebih tepat, Amazfit GTR 3 juga dilengkapi altimeter barometrik yang sentiasa mengukur altitud dan tekanan udara aktiviti lasak anda serta menyokong sistem navigasi GPS, GLONASS, Galileo, BDS dan QZSS untuk merekod laluan anda.

Selain itu, Amazfit GTR 3 juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM yang menyingkirkan batasan untuk anda memakai jam pintar ini ketika berenang atau aktiviti air kegemaran anda.

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  23

Teman Setia Aktiviti Kecergasan 

Amazfit GTR 3 adalah sebuah jam pintar lengkap yang menawarkan anda sokongan merekod parameter aktiviti kecergasan bagi 150 aktiviti sukan popular.

Jam pintar premium ini juga menawarkan ciri ExerSense yang mengesan 8 aktiviti sukan secara automatik dan mula merekod data sukan sebaik sahaja anda memulakan aktiviti tersebut.

Harga Mampu Milik

Amazfit GTR 3 - Jam Pintar Premium Mesra Poket Yang Berbaloi Untuk Anda  24

Walaupun dilengkapi pelbagai teknologi canggih yang boleh sebanding Apple Watch, Amazfit GTR 3 adalah jam pintar yang boleh dimiliki oleh semua golongan pengguna.

Amazfit GTR 3 ditawarkan pada harga RM 649 sahaja yang mana ianya akan mula ditawarkan untuk penjualan mulai 5 November ini melalui rasmi Amazfit Malaysia di Lazada

Pautan untuk beli:https://bit.ly/31nRDaO

300 pembeli pertama  Amazfit GTR 3 pada 5 hingga 9 November ini di Lazada akan turut menerima Dizo GoPods D secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.