Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT Neo2 – Telefon Pintar Flagship Terbaik Untuk Gaming, Pilihan Top Sempena 11.11 Kali ini

realme GT Neo2 – Telefon Pintar Flagship Terbaik Untuk Gaming, Pilihan Top Sempena 11.11 Kali ini

Sejak mula memasuki pasaran pada tahun 2018, penggembaraan realme dalam industri telefon pintar global tidak kurang menakjubkan dan realme juga telah mengembangkan portfolio produk mereka yang kini meliputi produk AIoT, produk penjagaan diri dan produk pintar eksositem rumah.

Semangat Dare to Leap yang sentiasa menjadi sandaran realme membolehkan syarikat ini memecahkan pelbagai rekod sehingga dinobatkan sebagai syarikat yang paling pantas berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar.

Walaupun pada awal realme memfokuskan kepada pelancaran telefon pintar kelas midrange yang berpatutan, syarikat ini telah mula menawarkan telefon pintar flagship yang menawarkan pengguna satu pakej peranti yang memberikan prestasi terbaik pada harga yang lebih mesra poket.

Nama GT atau Grand Touring ia merujuk kepada kereta yang laju, selesa untuk dibawa, dan tahan lasak. Pada telefon pintar pula, nama GT boleh di kaitkan dengan sebuah peranti yang memfokuskan kepada prestasi yang pantas untuk pengalaman gaming terbaik.

Dengan itu, lahirlah realme GT Neo Series yang  kini telah disahkan akan ditawarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berikut adalah sebab-sebab kenapa realme GT Neo2 adalah telefon pintar flagship terbaik untuk gaming.

Teknologi Penyejukan Stainless Steel Vapor Cooling Plus 

Selain untuk kegunaan harian, telefon pintar kini mempunyai fungsi tambahan sebagai peranti gaming mudah alih dan bagi memastikan ianya satu kemungkinan, sebuah telefon pintar perlu mempunyai prestasi yang stabil dan teknologi penyejukan terbina dalaman yang efektif.

Sehubungan dengan itu, realme GT Neo2 menampilkan teknologi VC Cooling Plus yang terdiri daripada keluli tahan karat yang menggunakan plat ruang wap sebesar 4129mm² didalam struktur penyejukan 8-lapisan yang terdiri daripada gel termal berlian pada CPU yang memastikan kawalan suhu dan kelajuan pelesapan haba pada realme GT Neo2 lebih efektif dan cekap. 

Ini membolehkan prestasi yang berterusan dalam tempoh yang panjang, memberikan anda kadar bingkai yang tinggi dan stabil walaupun semasa bermain permainan yang mempunyai keperluan grafik yang tinggi.


Qualcomm Snapdragon 870 5G

realme GT Neo2 hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870 yang diperbuat daripada proses 7nm yang sangat efisien tenaga sekaligus memberikan pengguna satu peranti yang membawa prestasi dan penjimatan tenaga ke satu tahap yang lebih baik.

Pemproses Snapdragon 870 yang digunakan pada realme GT Neo2 ini menawarkan 10% peningkatan prestasi CPU dan GPU. realme GT Neo2 juga menggunakan storan dalaman jenis UFS 3.1 yang lebih pantas.

Skrin Paparan E4 AMOLED dengan kadar segar semula  120Hz dan kadar pensampelan skrin 600Hz

realme GT Neo2 tampil dengan skrin paparan yang paling terang dan paling tepat warna yang pernah digunakan oleh syarikat ini.

realme GT Neo2 menggunakan skrin paparan E4 AMOLED berukuran 6.62-inci dengan kadar segar semula 120Hz Dynamic Refresh Rate untuk menawarkan anda pengalaman skrin yang benar-benar mengasyikkan ketika anda menonton rancangan kegemaran anda atau melihat foto, segala-galanya adalah lebih menyeronokkan untuk dilihat pada panel skrin ini.

Selain itu, untuk tindak balas tanpa latensi ketika gaming, skrin paparan realme GT Neo2 juga mempunyai kadar pensampelan skrin 600Hz yang bermaksud skrin mencari input sentuhan sebanyak 600 kali dalam satu saat.


Bateri 5000mAh  & Pengecasan Pantas 65W SuperDart 

realme GT Neo2 telah dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang merupakan kapasiti bateri terbesar pernah digunakan didalam telefon pintar realme GT Neo Series.

realme GT Neo2 juga memiliki sokongan pengecasan pantas 65W SuperDart Charge yang mampu memenuhi bateri telefon pintar ini didalam masa 36 minit sahaja

Reka Bentuk dengan kemasan AG Matte 

realme GT Neo2 ditawarkan kesan warna harmoni yang memberi inspirasi dan meriah dengan kemasan AG Matte yang berkilat dan menonjol di kalangan semua.

realme GT Neo2 akan tampil didalam dua kemasan iaitu NEO Green dan NEO Blue.

Jualan pertama pada 11 November ini

realme GT Neo2 akan ditawarkan di Malaysia pada 11 November ini di stor rasmi pada harga RM1,999 sahaja (RRP:RM2,099).

Dapatkan realme GT Neo2 di Lazada

Dapatkan realme GT Neo2 di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.