Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C25Y –  Entry Level King terbaru dengan prestasi dan kamera terbaik dalam kelasnya tersendiri

realme C25Y –  Entry Level King terbaru dengan prestasi dan kamera terbaik dalam kelasnya tersendiri

realme, syarikat telefon pintar terpantas untuk mencapai angka jualan 100 juta unit sentiasa memberikan peminat telefon pintar yang bukan hanya trendy malah dengan harga yang kompetitif untuk pelbagai lapisan masyarakat.

Populariti realme sebagai sebuah syarikat telefon pintar global tidak menghalang syarikat ini untuk terus menawarkan telefon pintar kelas entry level yang serba lengkap.

Sehubungan dengan itu, siri kelas entry realme C telah menyaksikan kelahiran ahli keluarga baharu iaitu realme C25Y yang diberi jolokan telefon pintar Entry Level King yang terbaru.

Pemproses Unisoc T618 berkuasa tinggi

realme C25Y mungkin hanya sebuah telefon pintar entry level, namun prestasi yang ditawarkan telefon pintar adalah sesuatu yang terbaik didalam kelas harga ini. Ianya dikuasakan pemproses 8 teras 12nm UNISOC T618 yang dihasilkan berasaskan seni bina Arm DynamIQ 

Bersama-sama pemproses UNISOC T618 ini, realme C25Y juga disertakan dengan enjin imej generasi kelima Vivimagic yang dibangunkan sendiri, dan teknologi pemprosesan paparan berkualiti tinggi untuk membawakan pengalaman terbaik kepada pengguna.

Satu lagi kelebihan yang dimiliki oleh pemproses UNISOC T618 ini adalah prestasi berbilang teras (multi-core) pada ujian GeekBench yang menunjukkan ianya 25% lebih baik berbanding cip MediaTek Helio P35 manakala prestasi GPU ARM Mali G52 yang digunakan adalah hampir 30% lebih baik berbanding GPU pada cip MTK P35 dengan kelajuan 850MHz

Secara keseluruhan, cip UNISOC T618 ini menawarkan prestasi yang setaraf Helio G85 dan ini juga dibuktikan pada ujian AnTuTu yang menyaksikan pemproses yang digunakan pada realme C25Y memperoleh mata lebih tinggi dari cipset G85.

Berikut adalah mata AnTuTu yang diperoleh oleh kedua-dua cipset ini :

Mata AnTuTu T619: 221845

Mata AnTuTu G85 : 208743


Bateri Mega 5000mAh

Kebanyakkan telefon pintar keluaran realme sentiasa tampil dengan kapasiti bateri yang besar dengan reka bentuk peranti yang nipis. realme C25Y juga tidak terkecuali dan telefon pintar entry-level king terbaru ini hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Tambahan lagi, realme C25Y juga menyokong pengecasan pantas 18W dengan fungsi OTG reverse charge yang boleh berfungsi sebagai powerbank ketika waktu terdesak.

Selain itu, 5% bateri yang dimiliki realme C25Y didalam mod Super Power Saving menawarkan anda sehingga 59 jam waktu standby, lebih 2 jam waktu panggilan, 6.17 jam pendengaran Spotify dan 1.6 jam waktu penggunaan aplikasi WhatsApp.


Kamera AI 50MP 

realme C25Y tampil sensor kamera AI 50MP yang menjadikanya sebagai model pertama realme C Series untuk tampil dengan sensor kamera beresolusi tinggi ini.

Penggunaan sensor 50MP juga meletakkan realme C25Y sebagai satu-satunya model kelas entry-level untuk memiliki sensor kamera ini.

Ini membolehkan pengguna menikmati hasil fotografi yang lebih teliti dan terang dengan menggunakan realme C25Y.

Dalam pada itu, sensor 50MP AI yang digunakan pada realme C25Y juga disertakan dengan sensor makro yang membolehkan anda mengambil fotografi makro pada jarak sedekat 4cm dan sensor B&W yang digunakan untuk memberikan kesan artistik pada setiap potret yang anda ambil.


Jualan pertama realme C25Y akan berlangsung pada 6 November 2021

realme C25Y (4+128GB) akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM699 dan jualan pertama telefon pintar entry-level king terbaru realme ini akan berlangsung pada 6 November 2021.

Dapatkan realme C25Y versi 4+128GB di Lazada

Dapatkan realme C25Y versi 4+128GB di  Shopee

realme C25Y (4+64GB) akan ditawarkan dengan harga jualan pertama RM499 sahaja pada 11 November 2021 di realme Global Store on Shopee.

Dapatkan realme C25Y versi 4/64GB di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.