Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung lancar seluar jeans khas Z Flip Pocket Denim


Samsung Australia dengan kerjasama Dr Denim telah melancarkan sepasang seluar jeans Z Flip Pocket Denim yang memiliki poket khas untuk menyimpan telefon pintar foldable Galaxy Z Flip3 5G.

Menambahkan lagi keunikan seluar edisi khas Z Flip Pocket Denim adalah kesemua poket lain pada seluar ini telah dijahit atau ditanggalkan.

Seluar jeans Z Flip Pocket Denim keluaran Dr Denim ini ditawarkan pada harga AUD 1,499 yang mana ianya adalah termasuk satu unit Samsung Galaxy Z Flip3 versi 128GB yang ditawarkan didalam 4 warna iaitu Cream, Black, Green, atau Lavender.

Ini bermaksud, Seluar Z Flip Pocket Denim ini ditawarkan secara percuma kerana harga jualan edisi biasa telefon pintar ini adalah sama.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat samada edisi khas ini akan ditawarkan di pasaran lain.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Lebih Lasak & Lebih Mampu Milik

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.