Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo ColorOS 12 berasaskan Android 12 kini rasmi


OPPO secara rasmi telah mengumumkan sistem operasi Oppo ColorOS 12 serba baru untuk pengguna globalnya.

ColorOS 12 dilancarkan untuk memberikan penggunanya pengalaman yang lebih hanpir dengan stok Android 12, ColorOS 12 juga memperkenalkan UI serba baru yang lebih inklusif, prestasi lebih lancar, dan ciri kaya yang membantu meningkatkan produktiviti seharian anda serta membantu mencapai keseimbangan kerja-kehidupan yang lebih baik.

Dengan pelancaran ini, OPPO secara rasmi telah menawarkan beta awam ColorOS 12 kepada pengguna globalnya, sekaligus menjadi antara syarikat telefon pintar pertama yang menawarkan Android 12. ColorOS 12 akan ditawarkan kepada pengguna Find X3 Pro di Indonesia, Thailand dan Malaysia terlebih dahulu namun OPPO merancang untuk memperluaskan penawaran ini ke lebih banyak model yang meliputi lebih banyak negara dan benua didalam masa beberapa bulan akan datang.

ColorOS 12 telah mencapai beberapa pencapaian dalam mengatasi lag dan kelembapan setelah penggunaan yang berpanjangan, terutama dalam anti-fragmentasi dan peruntukan sumber pintar, yang menyebabkan kadar penuaan sistem 2.75% rendah dalam 3 tahun, penggunaan memori 30% lebih rendah memori dan penggunaan bateri 20% lebih efisien.

ColorOS 12 bukan hanya dilengkapi dengan semua ciri keselamatan dan privasi yang ditingkatkan dari Android 12, termasuk Papan Pemuka Privasi, Perkongsian Lokasi berhampiran dan indikasi penggunaan mikrofon dan kamera, sekaligus memberi kuasa kepada pengguna untuk menjadi menetapkan tahap privasi mereka sendiri

OPPO juga telah mengekalkan ciri-ciri yang diterima dengan baik yang dibangunkan OPPO, seperti Private System, Private Safe, App Lock dan lain-lain.

Selain itu, Oppo juga telah mengeluarkan senarai jangka masa peranti yang layak untuk menerima versi beta ColorOS 12.

Oktober 2021 – Oppo Find X3 Pro

November 2021 – Oppo Find X2 Pro, Find X2, Reno6 Pro 5G, Reno6 5G.

Disember 2021 -Oppo Reno6 Z 5G, Reno5 Pro 5G, A74 5G.

Pertengahan pertama 2022 – Oppo Reno 10x Zoom, Reno5 5G, Reno5 F, Reno4 Pro, Reno4, Reno3 Pro, Reno3, A93.

Pertengahan kedua 2022 – Oppo A74, A73, A53 , A16s.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.