Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 4S akan dilancar 13 Oktober – Skrin E4 AMOLED 144Hz dan Snapdragon 888+


Black Shark telah mengesahkan bahawa telefon pintar Black Shark 4S akan dilancarkan pada 13 Oktober ini dan beberapa teaser mengenai telefon pintar ini telah didedahkan secara rasmi oleh eksekutif syarikat.

Black Shark 4S akan hadir dengan skrin paparan Samsung E4 AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 144Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz yang menawarkan latensi sentuhan hanya 8.3ms. Antaramuka Black Shark yang baru juga menawarkan mod skrin untuk bacaan yang berpanjangan.

Pada bahagian belakang, Black Shark 4S akan hadir dengan tetapan tri-kamera dibelakang yang berbeza dari reka bentuk panel belakang Black Shark 4 namun masih mengekalkan elemen peranti gaming dan terdapat juga shoulder triggers.


Selain daripada itu, Black Shark 4S juga telah disahkan akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888+ yang akan dipadankan dengan beberapa konfigurasi RAM dan storan dalaman.

Pelancaran rasmi Black Shark 4S akan berlangsung esok di China.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.